Pagi yang hening. Mataku masih tegak menghadap laptop di hadapan dengan buku yang masih tak berselak sejak sejam lepas. Terasa perit mataku, mungkin kerana aku asyik menangis sejak kelmarin. Aku mengerling jam loceng di meja study-ku. 3 pagi. Ah, masih terlalu awal untuk aku bersiap ke kelas. Mungkin kerana aku telah melelapkan mata sejak pukul 8 mlm td, aku menjadi burung hantu pula hari ni. Aku mengira masa yang ada. Lebih kurang 2 jam lg housemate2-ku akan bangun untuk solat subuh. Dan bermakna ada 2 jam lagi untuk aku study sendirian.
Mataku mengalih pandang ke arah key chain yang tergantung elok di beg kelasku. Teringat semula dari mana datangnya key chain itu. Teringat semula pengirim yg memberi aku key chain tu. Aku tersenyum, tawar. Terasa mataku panas tiba-tiba. Sesekali aku menyeka air mata yg mengalir tanpa di pinta. Sheesh! Aku bukan orang macam ni, yang murah dengan air mata, yang mudah tersentuh dengan benda2 macam ni. Tapi penangan arwah Kak Mira memang kuat, sampai ter-affected aku dibuatnya.
Sudah 3 hari Kak Mira meninggalkan aku, meninggalkan kami, meninggalkan dunia ni. Kalau ditanya kenapa aku yang paling terkesan, aku hanya boleh mengangkat bahu. Entah, tak tahu apa sebabnya. Bahasa hati, memang susah nak cakap. Even aku baru kenal Kak Mira setahun kalau nak dibandingkan dengan kawan2 usrah lain yg dah 3 tahun bersama, terasa arwah sangat rapat denganku.
Mungkin sebab Kak Mira selalu ambil berat pasal aku, mungkin sebab Kak Mira je yang selalu bagi tunjuk ajar aku baca al-Quran dan mungkin sebab Kak Mira selalu ajak aku ke arah kebaikan walau aku sendiri tak pernah ambil peduli semua tu. Ya, aku mengaku aku ialah seorang Islam. Tapi hanya Islam pada nama dan ic. Kalau bahasa lainnya, non-practic Muslim. Solat 5 waktu memang tak pernah aku tau, apatah lagi nak puasa bulan Ramadhan atau puasa sunat. Qiam lagilah jauh.
Since kecil mama papa tak pernah bagitau orang Islam ni kena solat 5 waktu. Diorang hanya sibuk dengan kerja. Bila aku balik sekolah, makanan dah terhidang. Itupun sebab maid aku yang buat. Nak nampak batang hidung mama papa seminggu sekali pun susah sebab diaorang selalu balik lewat malam, waktu aku dah tidur. Esok paginya mama papa dah pergi kerja, itupun maid aku juga yang inform bila aku tanya mana mama papa. Hujung bulan pula duit bulanan sentiasa masuk. Tak perlu tunggu hujung bulan, bila2 masa aku nak duit, just bagitau mama papa through maid, esoknya duit dah ada.
Kadang2 aku pelik dengan kawan2 sekolah aku. Duit tak ada lah banyak mana. Nak beli baju baru sebulan sekali pun payah. Tapi dia kata hidup dia senang dan tenang bila ada al-Quran. Aku tak ambil peduli semua tu. Hanya mengangkat bahu bila dia jawab macam tu. Bagi aku semua tu cliche, ya da ya da. Aku tak solat fardu, aku tak baca al-Quran, aku tak puasa macam orang Islam yang lain tapi hidup aku tenang juga. Itu tanggapan aku.
Aku jejakkan kaki kat bumi Eropah ni pun sebab aku nak jadi doktor je. Bukan sebab profession doktor ni baik dan mulia macam kawan aku kata tapi sebab orang pandang tinggi bila kita jadi doktor. Kalau nak kata jadi doktor sebab gaji, taklah aku belajar medic sebab mama papa boleh je nak bagi aku duit setiap hari.
Pathologic Basis of Disease ku tolak tepi. Buku ibadah solat sunat pemberian Kak Mira dulu yang terletak elok di rak buku pula mencuri pandang. Perlahan-lahan aku mengusap muka depan buku panduan itu. Helaian pertama ku selak. Surat dari arwah Kak Mira menyapaku. Aku membacanya perlahan-lahan. Sekali lagi, air mata menitik tanpa di pinta. Buku panduan ibadah ini pemberian arwah Kak Mira sewaktu kami bertukar hadiah sesama rakan usrah. Tapi aku tak pernah membelek apatah lagi mengamalkan ilmunya. Cuma aku rasa terharu bila Kak Mira menghadiahkan aku buku itu, kerana aku fikir masih ada orang yg sayangkan aku.
Walau Kak Mira selalu menasihati dan memberi tunjuk ajar kat aku, aku tak pernah mengamalkan semua itu. Hanya gembira dengan perhatian yg Kak Mira berikan pada aku. Aku tahu dia sayangkan aku tapi entah, mungkin sebab masih ada yang menyekat aku untuk berubah. Sungguh even aku masih merangkak untuk mengenal alif ba ta walhal rakan se-batch aku sudah ada yang menjadi hafizah, Kak Mira tak pernah memandang serong kat aku. Sebaliknya membimbing aku tanpa jemu. Kadang-kala bila dia mengajak aku solat, aku mengikut tanpa membaca apa2. Katanya, tak apa. Belajar sedikit2, insyaAllah dah lama2 nanti lancar. Dan hadiah buku solat sunat ni pun Kak Mira bagi sebab dia kata dia teringin tengok aku boleh solat jemaah sama2 dengan betul, dan insyaAllah mungkin menjadi imam pula. Aku pula tersenyum senget saja masa tu.
Itulah aku. Masih mencari identiti diri sebenar. Masih mencari tujuan dan hala tuju hidupku. Masih mencari kemanisan hidup walau usia sudah menginjak 21 tahun. Kata Kak Mira lagi, sesekali buatlah qiam. Kalau nanti Allah tanya Azza pernah qiam ke tak, boleh Azza jawab depan Allah nanti. Boleh lah Azza bagitau Azza pernah solat tahajjud, pernah solat taubat, pernah solat hajat, pernah solat witir. Masih terngiang-ngiang kata2 Kak Mira di telingaku. Aku menutup rapat mataku, cuba untuk menahan air mata. Terasa menyesal kerana aku tak dapat menunaikan hajat Kak Mira untuk menjadi imam kepadanya waktu hayatnya dulu.
Buku solat sunat di hadapan ku pandang sepi. Aku mengeluh kecil sambil menutup mata. Masih berkira-kira untuk memilih jalan itu atau terus berada di jalan ini. Aku tahu, bukan mudah untuk berubah. Macam kata arwah Kak Mira, setiap perubahan tu memerlukan langkah pertama yang kuat supaya nanti langkah kedua juga kukuh.
Jam loceng ku kerling lagi. Baru 3.30 pagi.Masih sempat lg, fikirku. Helaian kandungan buku ibadah sunat ku tatap. Mataku laju mencari panduan solat sunat tahajud. Tergeliat juga lidahku untuk membaca walau sebaris ayat. Tapi tak apa, aku tahu walaupun perubahan ni agak lewat kalau dibandingkan dengan kawan2 ku yang lain, sesungguhnya aku bersyukur Allah masih memberi ruang untuk aku berubah.
Air menderu laju bila pili air dibuka. Aku mengambil wuduk ku yang pertama tanpa di pantau Kak Mira. Biarlah kali ini semuanya dipantau oleh Allah pula. Aku mencapai pula telekung di dalam almari. Disarungkan telekung ke muka. Sejadah yang dibeli bersama-sama dengan arwah Kak Mira dulu dihampar mengikut kiblat. Aku berdiri tegak sambil menutup mata. Cuba mencari kekuatan untuk berubah secara istiqamah.
Takbir diangkat memulakan rukun solat. Semoga perubahan hari ini membantu aku mencari ketenangan hidup di jalan Allah. Amin..
p/s :
- Sekadar cerpen, xde kena mengena dengan hidup atau yang mati.